Minta Maaf pada semua pembaca blog TM kerana kami tidak dapat memaparkan apa yang menarik sepanjang bulan ramadhan yang teramat mulia ini. Ia disebabkan kesibukan kami disepanjang bulan ramadhan ini. Tetapi saya akan memaparkan sebuah artikel yang semua umat islam perlu tahu dan ambil tahu. Harap semua pembaca blog ini membaca artikel ini sampai habis dah perlu sedar sejarah akan berulang kembali.
Ikutilah cerita yang menaikkan semangat kita sebagai orang islam. Isikan otak dan minda kita dengan ilmu.
Banyakkan membaca dan melihat.Belajar dari dunia dan pengalaman.
Jangan hanya menuding jari pada orang lain.INGAT!!
ILMU=PAHALA
Jadi belajar itu adalah mencari ilmu. Semua orang melakukan kesilapan, Dan kita BELAJAR dari KESILAPAN. Jikalau tiada kesilapan maka tidak perlulah belajar. Betul tak? Islam itu mudah. Mencari pahala sesenang mencari secebis ilmu. Jadi manfaatkanlah masa dengan mencari ilmu dari perkara yang langsung tidak membawa faedah pada diri sendiri.
Jangan malas. Jangan Merungut. Jangan Salahkan Orang Lain.
Interview dijalankan sebelum bulan puasa. disebabkan masalah teknikal ketika ingin menemubual. TM terpaksa menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS untuk meneruskan temu bual bersama salah satu tunjang dan nadi komuniti TM.
- Assalammualaikkumatip! Apa khabar? Macam mana duduk dekat puchong? Ada perbezaan dengan segambut?
- Waalaikumussalam, Khabar baik. Puchong okay semakin baik, kawan-kawan pun semakin ramai. Perbezaan sudah tentu ada..dari segi suasana dan pemikiran, jauh berbeza berbanding segambut yang rata-rata anak muda kuala lumpur yang berfikiran jauh ke hadapan dan lebih terbuka.
- Boleh atip ceritakan sedikit mengenai pembabtian atip dalam dunia blog dan sejarah SUARA?
- Atip mula terlibat dengan blog pada 2009. SUARA bermula dengan menulis tentang aktiviti yang atip lakukan, Menulis tentang perasaan. Kemudian menukar genre penulisan kea rah yang lebih menumpukan bahasa melayu. Atip masih baru tetapi minat yang mendalam tentang penggunaan bahasa sastera, atip ingin belajar lagi!
- Apa perasaan dan pendapat atip mengenai kemunculan The Maple dalam hidup atip?
-Teruja dan gembira sebab The Maple telah menyatukan kawan-kawan yang atip rapat di bawah satu komuniti yang bergerak sebagai sebuah institusi keluarga yang baru. Atip berharap ahli-ahli The Maple yang lain pun turut merasa perkara yang sama dan berdoa keluarga baru kita kekal Insyallah.
- Apa pendapat peribadi atip mengenai mereka yang terkeluar dari The Maple?
- Satu soalan yang baik. Bagi atip mereka mungkin tidak sabar dan selalu membuat keputusan mengikut perasaan. When emotional over matter. They’ve decided to pull back from this community there’s nothing we could do because most of them are 17. Atip yakin mereka tahu apa yang mereka buat. Apa yang atip tahu, bila sesuatu keputusan telah dibuat (Untuk keluar dari komuniti) tiada pilihan kedua, ini untuk mengelakkan ada lagi ahli lain mengambil kesempatan yang sama seperti mereka.
- Bagi atip siapa yang layak menerajui The Maple di masa hadapan? Dan mengapa orang itu?
- Bagi atip siapa yang layak itu bergantung kepada ahli-ahli atau senior The Maple yang percaya akan kebolehan orang itu mengurus dan mengendalikan komuniti serta bijak membuat keputusan. Tidak adil untuk atip menyebut mana-mana nama sekarang sedangkan kita masih tidak nampak lagi siapa yang benar-benar layak.
- The Maple ingin mengupas cerita mengenai atip. Apakah motto hidup atip dan perjuangan atip sebagai seorang manusia? Apakah rahsianya?
- Masih terlalu awal untuk mengupas. Hahaha atip masih muda. Motto atip sekarang, “Setiap Kali Down, Ingat Abah” agak pelik tapi abah merupakan insan yang memahami atip dari luar dan dalam. Atip masih berusaha untuk mencapai satu tahap yang boleh atip bangga kan, itu yang atip tengah perjuangkan. Tiada rahsia, atip yakin semua punya cara tersendiri untuk kehidupan masing-masing.
- Hmm bagi mengakhiri interview ni The Maple ingin tanya satu soalan terakhir..Syaf,Abieq,Nina,Lisa dan Afiq. Apa yang atip fikir bila teringatkan nama-nama ini?
- Rindu untuk lepak bersama di maple lepas balik sekolah : )
- Terima Kasih kerana atip sudi mengorbankan masa atip pada The Maple hari ini. Apakah mutiara kata atip bagi menutup tirai perbualan kita hari ini?
- Sama-sama : ) atip juga ingin mengucapkan terima kasih juga pada The Maple kerana sudi mewawacara atip dan atip berharap agar ahli-ahli The Maple akan terus menyokong dan terus berada di belakang The Maple di saat susah dan senang. Kita perlu bersama-sama kerana kita adalah tiang untuk institusi kita sendiri.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa." [QS Surah Al Baqarah, ayat 183] Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui Sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…"
Ramadhan datang lagi, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang Mulia pada tahun ini. Bulan yang penuh berkat yang dijanjikan di dalamnya Rahmat, Maghfirah dan Pembebasan dari api neraka oleh ALLAH SWT.Sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini, saya menyeru kepada seluruh ummat Islam, tidak kira apa jua pangkat dan darjat, jadikanlah Ramadhan kali ini seperti Ramadhan terakhir kamu semua. Perbanyakkanlah amalan kamu dalam Ramadhan kali ini. Khatamkan Al-Qur’an sebanyak yang kita mampu. Banyakkan ZikruLlah dan Selawat ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW dalam setiap langkah mu. Raihlah Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 malam. Ringankan mulut kita dengan senyuman, ringakan pula tangan kita untuk menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Hindarkan diri kita dari mengumpat dan mengkeji. Banyakkan bersedekah, terutamanya bersedekah kepada orang yang hendak berbuka puasa.
Kata ibuku, “kalau kamu beri orang makan berbuka puasa, ganjarannya sama seperti pahala puasa orang itu.”
Atas maksud ini, marilah sama-sama kita mengulang kaji serba sedikit ilmu dalam menghadapi Ramadhan Al-Mubarak ini. Sama-samalah kita hayati dan ambil isinya untuk kita amalkan. InsyaAllah… KELEBIHAN SURAH AL-FATH
Al-Imam Al-'Allaamah Asy-Sayyid Asy-Syarif Al-Muhaddits Muhammad bin 'Ali Khird Al-'Alawi Al-Husaini At-Tarimi RahimahumUllah dalam karya beliau "Al-Wasaailusy Syaafi`ah". Di halaman 474 dinyatakan:
-Daripada Sayyidina Ibnu 'Umar RadiaAllahu `Anhuma yang menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Telah diturunkan kepadaku semalam akan satu surah yang ianya lebih kukasihi dari segala apa yang terbit matahari atasnya (yakni dunia dan segala isinya), dan disukai agar ianya dibaca pada awal malam bulan Ramadhan, maka kamu bacakanlah ia dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu, insya-Allah mereka tidak akan menjadi papa."
Syaikh 'Abdul Rauf Bin 'Ali Al-Fanshuri Al-Jawi RahimahUllah dalam terjemahannya bagi Tafsir Al-Baidhawi menulis sebagai berikut:
Ini surah Al-Fath turunnya di Madinah iaitu 29 ayat, maka tersebut di dalam Baidhawi hadits: "Barangsiapa mengaji Surah Al-Fath, maka adalah ia seperti keadaan orang yang hadir serta Rasulullah tatkala mengalahkan Mekah."
Almarhum Syaikh Husin Kudri Martapura RahimahUllah pula dalam karya himpunan doa-doanya "Senjata Mukmin" pada halaman 92 menulis:
Surah al-Fath: (Khasiatnya) barangsiapa membaca akan dia 3 kali pada malam permulaan timbul bulan Ramadhan, insya-Allah terpelihara ia di dalam setahunan itu daripada marabahaya dan diluaskan rezekinya.
PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT 1. Puasa enam hari pada bulan Syawal 2. Puasa hari Arafah 3. Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam 4. Puasa bulan Syaaban 5. Puasa Isnin dan Khamis 6. Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH 1. Puasa yang terus menerus sepanjang masa 2. Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq PUASA HARAM
1. Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri 2. Puasa pada hari raya pertama Haji 3. Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
1. Berakal 2. Akhir Baligh (Cukup umur) 3. Kuat atau mampu mengerjakan puasa 4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan Ramadhan dengan menggenapkan Sya'ban sebanyak 30 hari
SYARAT SAH PUASA 1. Islam 2. Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) 3. Suci daripada haid dan nifas 4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. Tidak sah puasa pada hari yang diharamkan syariat.5. Sempurna akalnya ( tidak gila, sawan ) sepanjang hari sehingga menjelang waktu berbuka.
RUKUN PUASA
1. Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok. 2. Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Murtad 2. Muntah dengan sengaja 3. Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan ( bukan sahaja membatalkan puasa, malah dikenakan kifarah ke atas lelaki, berpuasa selama 60 hari berturut-turut) 4. Keluar darah haid atau nifas 5. Gila 6. Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan 7. Memasukkan sesuatu di dalam rongga yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengajaTetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
AMALAN SUNAT BERKAITAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka 2. Makan sahur walaupun sedikit 3. Melambatkan sahur 4. Berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis 5. Memperbanyakkan bacaan Al Quran 6. Memperbanyakkan bersedeqah 7. Beri'tiqaf di siang hari 8. Menghadiri majlis ilmu 9. Menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa 10. Jangan bersugi setelah gelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
1. Orang yang sakit (wajib di qadha') 2. Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 2 marhalah atau 91km ( wajib qadha') 3. Orang tua yang sudah lemah. Wajib qadha' jika terdaya. 4. Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak jika takut mudharat ke atas bayi kandungannya. Wajib qadha'.
Bacaan Niat Puasa:
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Jikalau hati adalah sultan,
Maka akal adalah menterinya;
Jikalau nafsu adalah syaitan,
Maka puasa adalah pengikatnya.
Raihlah Ramadhan kali ini dengan penuh makna. Sambutlah kedatangannya dengan gembira. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H daripada kami, warga Tehoaisdmaple.blogspot kepada anda semua para pembaca. Semoga Ramadhan kali ini diraih dengan lebih baik berbanding Ramadhan yang telah lalu. Berdoalan kita agar kita tergolong dalan orang yang mendapat Lailatul Qadar, iaitu malam yang sangat mustajab untuk berdoa, malam yang lebih baik daripada 1000 malam. Puasa jangan tak puasa!! :)
Written By : Sham
Saturday, July 31, 2010
PERHATIAN PADA PEMINAT INFO TEKNOLOGI
Perhatian pada sesiapa yang berminat mengenai gadget atau info teknologi. Saya akan buat lagi satu lagi blog khas untuk para peminat teknologi. Bukan taknak letak dekat blog Tehoaisdmaple ni. Cuma kalo diikutkan nak letak nanti penuh sangat. Jadi untuk memenuhti ciri-ciri keperluan Blog TM ni, saya akan buat lagi satu blog bercerita mengenai teknologi baru. Ia masih dalam pemprosesan dan akan diletakkan dalamTM ROOT LINK.
SebenarnyeTM ROOT LINKitu dibuat khas untuk blog yang ahli TM yang menceritakan ILMU atau berkongsi sesuatu cerita yang mendalam. Kerana MATLAMAT PEMBANGUNAN BLOG KAMI bukanlah untuk bergossip atau berpolitik. Jadi kami hanya memberikan ilmu sahaja. Jadi pada sesiapa yang meminati Ilmu teknologi dan ingin update kan ilmu korang. Tunggu kedatangan cabang blog TM yang baru. Dan pemilik blog itu adalah Sham.
Hmm Kali ni The Maple berkunjung ke Birthday Party Teha iaitu kawan pada ahli TM. Cuma bezanya hari tu orang penting TM sepert Atip ngan Nina takde. Mungkin diorang takde mase sebab Birthday Suprise Party tu buat hari jumaat. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami warga The Maple mengucapkan terima kasih kepada Syafiq iaitu dalang Birthday Party ni diatas kesudian beliau untuk menjemput warga TM datang ke majlis tu.
Warga TM perlu berbanyak terima kasih pada Syaf sekali lagi usaha dia untuk merapatkan hubungan kita dengan sahabat-sahabat kita yang lain. Terima kasih juga pada ahli-ahli TM yang sudi datang untuk menyamarakkan lagi majlis tu. And for TEHA "HAPPY BIRTHDAY"
Blog ini dibuat untuk kawan-kawan yang dahulunya saling tidak kenal antara satu sama lain sehinggalah mereka berjumpa di suatu tempat iaitu di maple..Tidak kira Kiaramas,Hartamas atau dari sekolah..kami tetap berkawan..
2017
-
woi lamanya tak update blog oiiii!
Rindu nak menulis tapi nanti2 bila ada masa betul untuk fokus blogging aku
cuba blogging balik.
Aku rindu diari rakya...
Random Access Memory
-
Random Access Memory (RAM) memang sangat dikenali kalau kite sebut pasal
computer. Rata-rata orang zaman sekarang selalu bertanyakan RAM komputer
orang la...