BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 6, 2010

Tolonglah Hambamu Ini...

Seperti Kamu semua tahu pasal Secret Societies Freemason atau Iluminati ini. Sekarang jom kita
selongkar niat paling buruk mereka untuk menjahanamkan umat islam dibumi ini. Memang sukar untuk menerima hakikat bahawa kita tidak boleh lari dari mereka. Tapi kita boleh KURANGKAN impak dari terkena kencing atau pencacai Dajjal ini. Seperti kita tahu Facebook memang milik orang Yahudi. Tapi ada rahsia penting di sini yang kita terlepas pandang. Mari selongkarnya.



Banyak kemudaratan memiliki FB ini dari kebaikan. Tidak percaya? tepuk dada tanyalah selera..


Story From: Sham

Aiyoo Macha!!!

Petang, di tepi kandang lembu, Baljit berbual-bual dengan kawan barunya, Balwant

Baljit: Alo kawan, angkau suka minum susu ka?

Balwant: Suka la.

Baljit: Aiyoo kawan, jangan minum susu segar tau! boleh bawa mati!

Balwant: Ya ka!! Kenapa engkau cakap minum itu susu segar boleh bawa mati?

Baljit: Ya la..Sebab semalam masa aku tengah minum itu susu, itu lembu sudah
terajang sama aku. Nasib baik aku tara mati..

Balwant: Bodo punya kawan..

Story From: Sham

Berita Luar Negara

Terbuang tiket hadiah RM2.4 juta


TIKET yang diperlukan untuk memenangi RM2.44 juta.


YORK, England - Seorang penuntut sebuah universiti yang mengikuti pengajian doktor falsafah di Britain, Richard Newman kempunan setelah dia membuang sekeping kad kemenangan satu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak £500,000 (RM2.44 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Newman, 35, dari Sheffield, South York di sini bersama teman wanitanya, Chloe Gray mendapat satu kad pelekat permainan Monopoly untuk sebatang jalan Mayfair bagi satu peraduan Easy Win Monopoly selepas mereka membeli makanan segera di sebuah restoran McDonald's baru-baru ini.

Kekasih penuntut itu kemudian melekatkan kad tersebut pada kereta Toyota Corolla yang dipandu teman lelakinya itu.

Namun, apa yang menjadikan nasib penuntut itu malang ialah dia menanggalkan kad berkenaan dan membuang ke dalam sebuah tong sampah ketika mencuci keretanya.

Dua minggu selepas itu, pasangan tersebut menyedari kesilapan mereka apabila penuntut berkenaan pergi semula ke restoran yang sama dan memperoleh sekeping lagi kad pelekat permainan Monopoly untuk jalan Park Lane.

Chloe yang cuba mendapatkan maklumat menerusi Internet kemudian terkejut apabila mendapati dua kad yang mereka peroleh itu sebenarnya pemenang pertandingan tersebut.

Namun, mereka kehilangan satu kad pelekat menyebabkan mereka tidak layak untuk memenangi pertandingan itu yang memerlukan dua kad pelekat.

Jurucakap McDonald's berkata, pihaknya amat bersimpati dengan nasib pasangan tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana peraduan itu memerlukan peserta menunjukkan mereka memiliki dua kad pelekat.

Story From: Kosmo Newspaper

Berita Luar Negara

Teksi selaju 248 km/j


GAMBAR menunjukkan sebuah kereta sport dijadikan teksi di Rom, baru-baru ini.


ROM - Sebuah teksi yang mampu membawa penumpang ke destinasi mereka dengan kelajuan dua kali ganda lebih pantas beroperasi selama dua hari di Rom baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Teksi itu mencecah kelajuan sehingga 248 kilometer sejam (km/j).

Kereta itu pada asalnya sebuah kereta konsep rekaan firma pereka automotif terkenal, Giugiaro tetapi dipinjamkan selama dua hari untuk dijadikan teksi.

Ia mampu memecut hingga 100 km/j dalam masa cuma empat saat dan penumpang perlu melambaikan tangan dengan pantas jika mereka tidak mahu tertinggal hampir setengah kilometer di belakang kerana lambat menahan teksi berkenaan.

"Bandar raya ini penuh sesak dan hanya helikopter yang dapat membawa anda ke tempat ditujui dengan pantas," kata seorang penumpang bertuah yang dapat menaiki teksi itu.

"Namun, sekurang-kurangnya anda tiba dengan penuh bergaya," tambahnya.

Teksi berkuasa elektrik itu dapat membawa dua penumpang dan ia turut dilengkapi dua panel solar untuk menukar cahaya matahari menjadi kuasa elektrik.

Story From: Kosmo Newspaper

Wednesday, May 5, 2010

Jom Usha kawan kite haha...


Mesti korang tertanya-tanya kenapa blog ni dh lama x update kan? Sebenarnye ada suprise kat korang so ni la haha..

So Pada sesiapa ahli TM yang ingin muka mereka diedit..Silalah Emailkan pada address TM..


Syarat-syaratnya


-Gambar Mestilah Berkualiti SKIT!!

-Penampilan dalam gambar mesti contrast dengan background

-Gambar diwaktu malam tidak diterima.(Susah woo nk edit gmbar waktu malam)


Jadi apa lagi..Hantarlah gambar korang kat aku..supaya aku leh bagi korang : )

Story From: Sham

Kuatkan Kita

Assalammualaikum pada semua. Kali ni nak cerita sikit pasal KITA sebagai sahabat dan seorang kawan. Sayang,Cinta pada kawan amat berharga nilainya hingga tidak dapat dibayar melalui wang ringgit. Tapi tidak semua kawan-kawan kita sayang dan cinta pada kita. Tidak perlulah kita berkecil hati mengenai perihal ini. Kawan tidak akan mengajar kita erti hidup. Tetapi kita hendaklah belajar dari diri kita sendiri. Keluarga dan kawan yang mewarnai hidup kita.

Pengakhiran kawan atau sahabat adalah apabila hilangnya dia di dunia yang kejam ini. Begitu juga keluarga kita. berpaling tadah pada keluarga dan kawan sama sahaja seperti membunuh adik-beradik sendiri didepan mata kita. Erti sesebuah hubungan tidak akan bermakna tanpa dugaan dan cabaran. Tetapi jikalau kita berputus asa bermakna kita pentingkan diri semata-mata untuk lari dari masalah. Masalah adalah ubat terbaik untuk memperbaiki sesuatu hubungan. Jikalau penerima masalah tersebut menerima masalah dengan cara yang tidak elok bermakna tiada jalan penyelesaian akan terjadi.

Jadi bersyukurlah dengan sesiapa kita kenal. Kerana mereka jugalah yang menyempurnai jiwa hati dan rohani yang kosong ini. Tanpa mereka kita akan bermain didunia sendiri tanpa disedari kita telah disakiti oleh bayang-bayang sendiri. Marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati dan sama-sama doakan kebaikan kita. Selalulah salahkan diri sendiri dahulu kerana diri ini tidak sempurna ciptaannya oleh yang maha esa. Biarlah hati ini hanya yang maha mengetahui sahaja yang tahu. Biarlah mereka yang berdusta itu yang maha kuasa sahaja yang menghukum mereka. Sesungguhnya hanya beliau sahaja yang tahu jalan hidup ciptaannya.Subhanallah...

Janganlah kita berpaling tadah pada keluarga dan sahabat-sahabat kita. Sayangilah mereka. Sesungguhnya kita memang tidak mampu melayan kerenah setiap manusia dibumi ini. Tetapi yang MAHA ESA tetap ada. Janganlah menyesal dikemudian hari. Hentikanlah pertikaian yang sementara didunia ini. Kerana setiap kita dibumi ini akan ditidurkan selama-lamanya kemudian diadili seadil-adil nya. INGAT!! KITA PERNAH DIINGATKAN...

(Surah Al-An' am Ayat 31)
"Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu."

Story From: Sham

Berita Luar Negara

Pendatang haram Yahudi dipercayai bakar masjid

SEORANG penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang   terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat.

SEORANG penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat.
Tindakan biadab kali kedua dalam tempoh dua minggu

RAMALLAH: Pendatang haram Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat sebelum fajar semalam, tindakan kedua mencemar masjid dalam tempoh dua minggu.
Masjid itu terletak di Lub-ban ash-Sharqiya kira-kira 10 kilometer selatan Nablus, sebahagian besarnya musnah dalam serangan, kata Datuk Bandar, Jamal Daraghma.

“Penduduk penempatan Yahudi membakar masjid terbabit. Saksi mendengar bunyi kereta mereka berhampiran masjid kira-kira jam 3 pagi dan melihat mereka menerusi tingkap sedang membakar buku di dalamnya,” kata Daraghma kepada AFP, menyatakan sebahagian besar masjid itu hangus terbakar.

Bandar itu terletak berhampiran tiga penempatan Yahudi: Eli, Maaleh Levona dan Shiloh. Radio Israel berkata tentera Israel sebagai kuasa penceroboh Tebing Barat, membuka satu siasatan terhadap punca kebakaran.

Pada 14 April lalu, sebuah masjid di Huwara berhampiran Nablus dicemari penduduk haram Yahudi yang menconteng patung Yahudi dan Star of David pada dindingnya, kata sumber keselamatan Palestin.
Dua kereta juga dibakar ketika insiden itu, menyebabkan tentera Israel membuka satu siasatan.

Disember lalu, penduduk haram Yahudi merosakkan satu lagi masjid di utara perkampungan Tebing Barat di Yasuf, membakar Al-Quran dan menyembur mesej kebencian dalam tulisan Yahudi. Insiden itu mencetuskan pertempuran di antara penduduk dan tentera Israel. Seorang budak lelaki 17 tahun di penempatan Yahudi berhampiran kemudian ditahan.

Story From: Berita Harian Newspaper

Berita Luar Negara

Pengemis di Teheran dapat RM4,815 sebulan


SEORANG pengemis muda mengira wang yang diperolehnya di sebatang jalan raya di Teheran semalam.

TEHERAN - Pengemis-pengemis di Teheran memperoleh pendapatan AS$1,500 (RM4,815) sebulan, lima kali ganda daripada gaji minimum pekerja di Iran, lapor agensi berita Mehr semalam.

Menurut seorang pegawai yang mengendalikan perkhidmatan sosial di Teheran, Sadegh Avvali, pengemis-pengemis itu memperoleh pendapatan AS$50 (RM160.74) sehari.

Dia berkata, kebanyakan pengemis itu datang dari kampung dan kawasan pekan terpencil tetapi terdapat juga warga asing.

Gaji minimum pekerja di Iran ialah kira-kira AS$300 (RM964.44) sebulan dan kebanyakan penduduk di negara tersebut percaya bahawa memberi sedekah merupakan satu bentuk kebajikan.

Berdasarkan inisiatif pihak perbandaran, pengemis dan golongan tidak berumah akan dihantar ke beberapa pusat perlindungan pada waktu malam.



Story From: Kosmo Newspaper

Tuesday, May 4, 2010

Rahsia Mereka 2

Asal-usul Freemasonry


Di dalam arkib Files terdapat pelbagai silibus di bawah tajuk Freemasonry, dan pelbagai versi tentang asal-usul pergerakan syaitan ini. Para pelatih di makmal penyelidikan kami perlu belajar semua silibus Freemasonry ini. Di bawah ini diturunkan satu penjelasan padat tentang asal-usul pergerakan syaitan ini.

-M.O


Period Kuno

Menurut legenda ritual Freemasonry, persaudaraan Mason telah ada sejak pembangunan kuil Raja Sulaiman ratusan abad silam. Disebabkan kuil yang dikerjakan sangat besar, sehingga diperlukan adanya suatu bentuk organisasi kerja yang baik untuk memastikan pembangunan kuil selesai tepat pada waktunya. Keadaan ini mendorong perkembangan organisasi pekerja stonemason dan arkitek ke dalam berbagai tingkatan dan kelas dengan tanggung jawab yang berbeza-beza.

Banyak watak-watak yang diungkap dalam buku Kings and Chronicles dalam Kitab Yahudi sesuai dengan situasi-situasi yang ada di berbagai tingkatan organisasi Masonry, misalnya Raja Sulaiman, Hiram (Raja Tyre yang mensuplai bahan material, terutama kayu cedar, untuk pembangunan kuil), Adoniram, dsb.

Meskipun persaudaraan Masonic melakukan ritual-ritual zaman Raja Sulaiman, agar dapat menjadi sebuah kebenaran sejarah, tetapi tidak ada autoriti Masonic yang memberikan kebenaran tentang adanya organisasi Mason di masa lampau.

Yang sudah diketahui dengan pasti adalah ada sebuah organisasi persaudaraan di masa lampau, baik diantara kaum pagan maupun kaum Yahudi. Dan kes yang lebih dahulu muncul adalah organisasi tersebut dikait-kaitkan dengan adanya sesuatu yang penuh rahsia, seperti halnya misteri Eleusinian yang sangat terkenal. Contoh misteri yang mengemuka lainnya adalah adanya kelompok rahsia yang bernama Pharisees.

Eleusinian adalah sebuah komuniti rahsia yang mempunyai ritual-ritual dikalangan anggotanya, pembagian kelompok yang lebih kecil dengan sifat kerahsiaan yang semakin besar, ujian-ujian yang harus dihadapi sebelum memperoleh pengetahuan dan rahsia yang harus dijaga. Rahasia komuniti ini tetap terjaga dengan baik dari waktu ke waktu dan yang mengetahui hanyalah mereka saja. Mungkin pengetahuan tentang sifat komuniti ini jatuh ke tangan para pendiri Mason dan pada akhirnya membentuk struktur organisasi Mason seperti sekarang ini.

Berbeda dengan Eleusinian, kelompok Pharisees tidak menyembunyikan pengetahuan apapun. Akan tetapi, mereka melakukan pembatasan keanggotaan dan memanggil sesamanya dengan sebutan “chaver” (kha VER), konsep yang sama dengan penggunaan sebutan “saudara” atau “kawan” pada organisasi Mason sekarang. Setiap anggota baru diminta untuk bersumpah dan mematuhi perintah dan hukum organisasi dengan disaksikan oleh tiga anggota lainnya.

Pharisees dianggap memiliki ajaran yang berbeza oleh para pengikut Yahudi maupun Kritian. Di kemudian hari, istilah Pharisee memiliki konotasi negatif, yang hampir sama dengan kaum hipokrit. Bagi kaum Yahudi, struktur Pharisaic secara asasnya telah muncul dalam ajaran agama Yahudi 2000 tahun yang lalu. Pharisees dipandang sebagai sebuah kelompok yang berupaya memadamkan peranan agama di mana puncaknya adalah penghancuran kuil di Jerusalem.

Pengetahuan mengenai amalan-amalan Pharisaic mungkin sudah diketahui oleh para pendiri Mason. Mereka juga memandang bahwa hanya ada satu cara efektif untuk mengorganisasi sebuah persaudaraan dengan baik, dan cara tersebut telah ditemukan secara terus menerus, bebas, dan selalu berulang.

Periode Pertengahan

Teori munculnya Freemasonry yang juga cukup umum adalah berasal dari kesatuan pekerja atau kelab stonemason pada abad pertengahan. Istilah “Free” merujuk bahwa Mason tidak terikat dengan tanah sebagai hamba, tetapi mereka adalah orang-orang bebas pergi kemana pun, seperti hal seorang pedagang yang selalu membangun di manapun ia berada.

Mason di abad pertengahan selalu mendirikan berbagai bangunan, tetapi perhatian khusus selalu dipusatkan pada kathedral-kathedral besar yang dibangun selama zaman ini. Untuk menciptakan sebuah bangunan yang mengagumkan, diperlukan pendidikan prinsip-prinsip geometri, aritmatik, maupun teknik kejuruteraan awam. Kelab stonemason, dan para arkitek pada masa itu menjadi sebuah semacam pusat penyimpanan pengetahuan di luar unsur paling dominan yang ada di masyarakat: pendeta.

Seiring dengan gelombang maraknya pembangunan kathedral dan permulaan masa-masa renaisance, diperkirakan Freemason tetap menjaga organisasi mereka dengan membuka keanggotaan untuk forum perbincangan ahli falsafah serta pengetahuan lain. Anggota tersebut merupakan orang-orang tertentu yang berada di kelas atas dan bukan pekerja itu sendiri.

Ada teori lain tentang kemunculan Freemasonry pada abad pertengahan. John Robinson penulis buku Born on Blood mengatakan bahwa para Mason adalah keturunan dari Kesatria Templar. Templar adalah sekelompok kesatria yang memiliki kekuatan dan kesejahteraan semasa Perang Salib. Setelah Perang Salib selesai, pada abad ke-14, mereka ditekan oleh Raja Perancis dan kalangan gereja. Sebagian besar para templar menemui ajalnya, dan ada juga sebagian dari mereka yang mampu bertahan. Beberapa tingkatan dalam Mason berkaitan dengan kejadian ini. Hipotesis yang kemudian muncul adalah bekas para templar tersebut mempertahankan persaudaraan mereka dengan melakukan penyamaran dalam bentuk Freemasonry.

Teori-teori mutakhir yang berkisar kepada asal-usul Masonry justeru tidak mengarah pada kelab stonemason seperti yang diungkapkan sebelumnya, melainkan lebih kepada akibat dari konflik yang ada di England pada abad ke 17. Cyril Batham, salah seorang Quatuor Coronati Research Lodge yang cukup terkenal di England, mengungkapkan bahwa orang-orang ini mendirikan Lodge untuk menjaga komunikasi ketika bersembunyi dari kejaran kaum Anglikan semasa pergolakan Jacobite.

Periode Moden

Di era moden, Freemasonry muncul sejak didirikannya Grand Lodge pertama pada St. John’s Day, di London pada tahun 1717. Empat lodge lama berkumpul bersama di Goose dan Gridiron Ale House untuk mengorganisasi pendirian Grand Lodge.

Dari waktu ke waktu organisasi-organisasi free-thinker seperti Masonry ini semakin matang untuk melebarkan sayapnya di dunia Barat. Masa-masa pencerahan di benua ini dimulai ketika England sedang dalam proses menjadi sebuah negara liberal yang ditandai dengan penolakan konsep “hak agung” monarki James II. Organisasi Masonry menyebar dengan cepat ke kawasan lainnya seperti Perancis, Austria-Hungary, dan Jerman.

Lodge kuno dan moden yang berada di England, pada tahun 1813, kemudian bergabung menjadi sebuah organisasi tunggal yang bernama United Grand Lodge of England. Ketika itu, kedua organisasi Mason membuat piagam tentang Tata Dunia Baru. Fakta ini menjadi dasar adanya keragaman ritual Mason di daratan Amerika, meskipun sifat ritual yang asli tidak dapat dilihat dari konsep keanggotan Grand Lodge semata, yakni sebagai “Ancient Free and Accepted Masons” atau hanya “Free and Accepted Masons”.

Lodge pertama di AS didirikan sesuai dengan apa yang diamanatkan dalam piagam Grand Lodges di England. Dalam perjalanannya, Lodge-lodge di daerah koloni merasa perlu untuk membentuk Lodge yang baru dan dapat mengorganisasi Grand Lodge (berada di tanah jajahan semasa era koloni) mereka sendiri.

Grand Lodge bebas pertama di Amerika dibentuk sebagai hasil pertemuan empat Lodge di Virginia. Seperti apa yang telah diamanatkan oleh Grand Lodge yang berada di negara masing-masing, konsep ritualnya merupakan perpaduan dari Grand Lodge-Grand Lodge yang ada. Pada tahun 1995, sudah berdiri Grand Lodge di 50 negara bahagian AS, dan 1 di daerah Columbia. Ada perkembangan yang cukup pesat pada organisasi ini, seperti misalnya Grand Lodge di California memiliki kuasa atas Lodge di Hawaii.

Masonry memainkan peranan penting di masa-masa awal sejarah kemerdekaan AS. Banyak pendiri negara AS adalah Mason (1/3 dari penandatangan Deklarasi Kemerdekaan AS dan 1/3 yang menghadiri Consitution Convention di Philadelphia tahun 1787 adalah para Mason), termasuk Benjamin Franklin dan George Washington. Disinyalir, Boston Tea Party semasa kemerdekaan AS juga turut di organisasi dalam salah satu pertemuan Lodge. Pada peristiwa itu, sekelompok orang yang memakai atribut Indian menumpahkan teh di pelabuhan Boston diduga adalah Mason. Ada juga cerita bahwa pasukan England menjaga hartabenda milik Mason Amerika ketika revolusi berkobar untuk kemudian diserahkan kepada autoriti Masonic Tempatan setelah perang selesai.

Perkembangan Masonry Amerika mengalami kemunduran pada tahun 1820, ketika sentimen Antimasonic mencapai puncaknya yang ditandai dengan dimunculkannya calon presiden sebagai lawan Lodge. Pada masa itu, banyak badan-badan yang berada di bawah naungan Lodge tidak muncul lagi. Kekacauan itu terjadi karena Mason dituduh melakukan hukuman kepada mereka yang dianggap berkhianat kerana membuka rahsia persaudaraan Lodge di New York.

Ketika Perang Sivil di AS berkecamuk, Mason berada di dua sisi. Anggota Lodge yang turun dalam peperangan menggunakan seragam dengan warna yang berbeda. Tahanan perang yang merupakan anggota Mason diminta untuk datang ke Lodge untuk mendapatkan pembebasan bersyarat dan menghadiri pemakaman prajurit Masonic yang gugur.

Peranan Masonry dalam aspek kehidupan sosial AS di akhir abad 19 dan awal abad 20 cukup penting. Banyak tokoh-tokoh terkemuka di masyarakat adalah anggota Lodge. Organisasi persaudaraan yang juga muncul untuk bersaing dengan Mason antara lain, Grange, Elks, Moose, dan Odd Fellows. Kegiatan amal Masonic mampu menyokong kehidupan sosial masyarakat di masa-masa sulit, dan kegiatan itu ada jauh sebelum dibuatnya program jaringan keamanan sosial pada tahun 1930.

Keanggotaan dalam persaudaraan Masonic mencapai puncaknya pada akhir tahun 1950, dan setelah masa itu, mengalami penurunan. Fenomena yang sama juga terjadi pada berbagai organisasi persaudaraan lain, seperti di berbagai kelab perniagaan, gereja, dsb. Penurunan itu disebabkan meningkatnya berbagai sarana hiburan di rumah secara besar-besaran, tuntutan pekerjaan yang semakin besar, dan sebab-sebab lainnya. Tidak seorang pun yang tahu bagaimana cara mengubah kemunduran itu, akan tetapi peranan Lodge dalam struktur sosial dipelbagai kota sepertinya akan terus surut dan mampu berubah hanya apabila seluruh struktur sosial masyarakat AS berubah menjadi jenis masyarakat yang berorientasi keluar (outward oriented). Survey memperlihatkan bahwa saat ini banyak orang Amerika yang tidak lagi peduli pada kewujudan persaudaraan Masonic. Padahal, lebih dari 50 tahun yang lalu, sikap tidak peduli terhadap keberadaan Lodge hanyalah sebuah impian.

Story From : MFiles

Related Posts with Thumbnails