
Awal pagi, seorang lelaki tua bercerita dengan kawannya masa mereka duduk-duduk di depan rumah.
Lelaki A: Malam tadirumah aku dimasuki pencuri.
Lelaki B: Pencuri? Habis tu, apa pencuri tu buat?
Lelaki A: Aku nampak dia seluk poket seluar aku.
Lelaki B: Seluk poket seluar kau? Habis tu, apa kau buat?
Lelaki A: Aku ketawa jelah.
Lelaki B: Ketawa? Kenapa pulak?
Lelaki A: Sebab sebelum tu isteri aku dah ambik semua duit dalam poket tu..:)
Thursday, April 15, 2010
Mak Ai LaWokNye :)
Posted by TehOAis at 9:52 PM 0 comments
Berita Luar Negara
Penerbangan dibatal kerana debu

LONDON - Puluhan ribu orang terkandas manakala semua jadual penerbangan di Britain ditangguhkan selepas sebuah kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland mengeluarkan debu dan wap, lapor sebuah akhbar semalam.
Keadaan itu yang diramalkan berterusan sehingga beberapa hari lagi, menyebabkan Britain terputus hubungan dengan dunia luar.
Kawah yang mengeluarkan debu itu terletak di bawah sebuah glasier seluas sekitar 100 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur ibu negara Iceland, Reykjavik.
Ia mengeluarkan asap dan awan debu beberapa kilometer ke udara yang dikhuatiri akan menutup sebahagian langit di rantau Eropah dalam masa beberapa hari lagi lagi.
"Amat jarang bencana alam menyebabkan ruang udara Britain terjejas teruk seperti ini. Ia belum pernah terjadi seumur hidup saya," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Laluan Udara Britain kelmarin.
Selain Britain, beratus-ratus penerbangan di Ireland, Norway, Sweden, Denmark, Finland dan Rusia turut terjejas ekoran debu berkenaan.
Kali terakhir kawah itu meletus ialah hampir 200 tahun lalu.Posted by TehOAis at 9:50 PM 0 comments
Pepatah Mereka
kemarahan seorang tua akan merosakkan dirinya sendiri sahaja
-Orang yang benar-benar bertanggungjawab tidak sekadar melihat tanggungjawab dirinya semata-mata, tetapi juga sedar akan tanggungjawab yang tidak dilaksanakan
oleh orang lain.
-Semua kebisingan boleh disenyapkan, kecuali kebisingan suara hati. Anda boleh mengabai atau tidak mengendahkannya, tapi anda tidak boleh memusnahkannya
-Bunga memberikan anda bau yang harum . Humor memberikan anda senyuman yang manis.
-Jika anda suka menyimpan benda-benda yang tidak perlu, Akhirnya tiada lagi ruang untuk anda mengisi benda-benda yang perlu.
-Kejayaan hanya boleh dicapai oleh orang yang mencuba. Cubalah...banyak yang akan anda perolehi dan terlalu sedikit pula yang hilang.
Posted by TehOAis at 9:48 PM 0 comments
Berita Luar Negara
Ikan jerung tukul gergasi diawet

SYDNEY - Sekumpulan nelayan gembira apabila mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung tukul gergasi di perairan timur Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, sebelum ia dapat ditangkap, nelayan-nelayan tersebut dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan menyedari tangkapan mereka dibaham seekor ikan lebih besar.
Ikan jerung tukul gergasi itu seberat 250 kilogram dengan panjang lebih enam meter dan berusia sekurang-kurangnya 40 tahun.
Namun, ikan itu telah dibeli oleh seorang pengusaha muzium tempatan, Vic Hislop setelah ia mati selepas ditangkap.
"Saya akan mengawet ikan ini dan menjadikannya bahan pameran," kata Hislop yang memiliki sebuah muzium ikan jerung di negeri Queensland.
Jerung tukul yang ditemui di perairan panas di seluruh dunia merupakan spesies terancam dan kurang berbahaya berbanding beberapa jerung lain terutamanya jerung putih.
Kepalanya berbentuk seperti tukul bagi membantu haiwan itu memburu mangsa dan mencari makanan di dasar laut.
Sejak beberapa tahun lalu, terdapat 33 laporan ikan jerung tukul menyerang manusia tetapi tiada insiden yang melibatkan kematian.
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 9:38 PM 0 comments
Pengembaraan Misteri
Al-Kisah..Hakikatnya kita hidup di zaman moden yang indah lagi. Tapi MALANG SUNGGUH NASIB KITA!!!
HIDUP KAMU SEMUA TELAH DIRANCANG!! DAN KAMU PASTI AKAN MENGIKUTINYA!
APA YANG MALANG? APA YANG DIRANCANG? SIAPA YANG MERANCANG?
.....
........................
.......................
......"Mak, Ayah!! Kenapa terjadi semua ini??"
..............
...........
............................"Tiada siapa dapat membantu mu!"
....
................"KERANA RIBA!!! RIBA!!! HANCUR SEMUANYA!!"
..............
MARI KITA MULAKAN PENGEMBARAAN MISTERI DUNIA SEJARAH LAMA...
..................................INI CERITA BENAR! SEBENAR-BENARNYA....
..................
..................Kota Terlarang Atlantis, Jin dan Syaitan mencuri berita dari Langit
........................
...................DAN AKHIRNYA....
................
...............
......"Kamu Semua Tahu Akan Kebenaran"
Posted by TehOAis at 4:55 AM 0 comments
Wednesday, April 14, 2010
Perubahan Sikit-Sikit
Sebenarnye bukan x nak letak cerita-cerita best..
Tapi takde orang yang tegur So Sham buat x tau jela..
Smpai la Lisa ckp "lgi byk berita dri post" kat shoutout tu ha!!
Yang lain mane?? xnk cuba letak artikel menarik??
Xkan dalam sehari kita ni umpama "KATAK DI BAWAH TEMPURUNG"
At least contribute something yee!! For THE MAPLE future :)
Posted by TehOAis at 11:50 PM 0 comments
Rahsia Lelaki..(Untuk Perempuan Yang Dah Matang Je!!)
senyum adalah senjata paling berkesan untuk memikat hati seseorang. Tambahan lagi andai kamu memiliki senyuman yang menawan. Buat Apa di simpan gunakanlah untuk membuatkan si dia sentiasa mengingati kamu.
2.Pandai Memasak
sememangnya ini adalah ciri-ciri utama lelaki mudah terpikat dengan kamu. Biarpun mungkin kemahiran yang kamu ada tidaklah sehandal ibunya namun jangan malu untuk tunjukkan pada si dia kamu juga mampu untuk menghidangkan sesuatu
yang istimewa untuk si dia.
3.Berpewatakan Menarik
Tidak semestinya kamu harus memiliki wajah yang cantik untuk memikat lelaki. Cukup andai kamu punya perwatakan menarik dan bijak membawa diri ke mana-mana sahaja itu sudah mampu menarik minat mereka.
4.Jujur dan Sentiasa Merendah Diri
Lelaki tidak suka pada wanita yang suka membangga-banggakan diri. Bagi lelaki dalam apa jua keadaan lelaki harus mempunyai lebih banyak kelebihan dari perempuan jadi elakkan untuk menunjukkan kamu lebih bagus darinya kalau kamu mahu memenangi hati si dia.
5.Lakukan apa yang dia suka
Jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Ini penting untuk kamu menambat hatinya. Lelaki suka perempuan yang taat pada kata-katanya.Namun ketaatan kamu biarlah bertempat. Jangan menurut sahaja tanpa berfikir baik dan buruk sesuatu perkara itu.
6.Mempunyai tingkah laku yang baik
Lemah lembut dan bersopan santun adalah sifat wajib ada bagi seseorang perempuan dari pandangan seorang lelaki. Sekiranya kamu punya rupa, pangkat dan sempurna segala-galanya namun andai tingkah laku kamu kurang menyenangkan belum tentu kamu akan menjadi pilihan hatinya.
7.Kirimkan Kad Ucapan
Sering memberikan kad ucapan buat si dia sebagai tanda kam usentiasa mengingatinya terutama hari-hari penting si dia. Lelaki akan rasa begitu dihargai apabila ada insan yang mengingati tarikh lahirnya.
8.Jaga cara pemakaian
Cara kamu berpakaian adalah penting kerana ia juga melambang keperibadian kamu. Ada lelaki yang suka membaca sifat-sifat kamu melalui cara kamu berpakaian. Oleh itu, andai kamu mahu memikatnya pastikan kamu tahu si dia senang atau tidak cara pemakaian kamu.
9.Tidak Berahsia
Lelaki suka wanita yang suka berterus-terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
10. Bijak menyesuaikan diri
Lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang berdikari serta tidak terlalu bergantung padanya. Ini bukan bermakna lelaki tersebut tidak bertanggungjawab tetapi si dia mahu kamu menjadi seorang perempuan yang boleh membawa diri dalam apa jua keadaan dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
11.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
Objektif utama hidup berpasangan selain berkongsi kasih sayang kita juga pasti mahu berkongsi susah dan senang bersama. Jadi andai kamu mahu memikat hati si dia pastikan kamu sentiasa berada di sampingnya tidak kiralah waktu si dia susah dan senang.
12.Terlalu Manja
Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakkan, suka merengek dan mengada-ngada.
13.Sentiasa memegang prinsip
Sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. Lelaki paling tidak suka pada perempuan yang tidak pandai mengendalikan soal kewangan.
14.Romantik
Yang paling penting lelaki suka dimanjakan dengan belaian kata-kata yang romantik.
15.Jangan terlalu mengongkong
Selagi kamu tidak mempunyai hubungan yang sah kamu tidak ada hak untuk terlalu mengongkongnya. Lelaki sukakan perempuan yang memberikan sepenuh kepercayaan pada dirinya.
Posted by TehOAis at 11:07 PM 0 comments
Berita Dalam Negara
Cubaan rampas kuasa sultan
![]() |
| TENGKU MERJAN (kanan) selepas membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya dekat Kuala Lumpur semalam. |
Beliau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini kira-kira pukul 2 petang.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu semalam, Tengku Merjan menceritakan, beliau menerima satu salinan cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman perbualan Abdul Halim dan Sukri bersama wartawan di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan pada 10 Mac lalu.
Beliau mendakwa, perbualan itu berniat menghasut, mengugut dan mencampuri urusan istana Kelantan bagi mewujudkan ketidakstabilan.
Apa yang membimbangkan Tengku Merjan ialah CD itu telah tersebar luas di Kelantan.
"Saya khuatir ia memberi imej buruk kepada Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra selain mengelirukan rakyat terhadap istana Kelantan," tegasnya.
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 11:05 PM 0 comments
Info Kesihatan Luar & Dalam
HILANGKAN KESAN MINYAK:Kamu hanya perlu tekapkan wajah dengan tisu pada bahagian kulit yang berminyak. Jangan menyapunya dengan kuat kerana ia akan meninggalkan kesan yang kurang cantik.
5 TIPS mandian sempurna di rumah.
1- Pastikan kamu menjaga kebersihan tubuh dengan mandi yang sempurna. Terutamanya bagi kamu yang gemar berolahraga
dan beraktiviti luar. Jangan lupa gunakan loofah untuk membersihkan bahagian belakang badanmu itu.
2- Gunakan sabun bebas minyak, serta mengandungi beta-hiddroxy atau sabun yang mengandungi sulfur ketika mandi.
3- Pilih scrub tubuh yang mengandungi bahan semula jadi, agar ia terasa lembut di kulit.
4- Ketika mandi atau scrub, jangan gosong di bahagian belakang dengan kuat kerana ia boleh mengakibatkan iritasi pada kulit.
5.- Elakkan daripada memicit jerawat di bahagian kulit belakang, kerana ia akan meninggalkan kesan parut yang sukar untuk dihilangkan.
Posted by TehOAis at 11:01 PM 0 comments
Berita Luar Negara
Pendatang Yahudi conteng masjid Palestin

NABLUS, Tebing Barat - Sekumpulan pendatang Yahudi mencemarkan sebuah masjid di Tebing Barat semalam, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin.
Pihak tentera Israel mengesahkan beberapa suspek yang tidak dikenali telah menconteng dinding Masjid Bilal Ibn Rabah termasuk melukis bintang Yahudi bersebelahan nama Nabi Muhammad dalam tulisan Hebrew.
Pegawai-pegawai Palestin dan Israel berkata, suspek-suspek turut membakar dua buah kereta di luar masjid tersebut di Kampung Huwara, Tebing Barat.
Beberapa askar Israel segera memadamkan lukisan tersebut serta melarang wartawan-wartawan yang cuba merakamkan gambar sehingga kerja-kerja pembersihan selesa
Posted by TehOAis at 10:39 PM 0 comments
Fakta Menarik
Zaman sekarang orang jadi tertarik dalam mengubah suai kereta mereka untuk nampak menghairankan dan kadang-kadang pelik. So skang ni aku nak tunjukkan koleksi gambar dari dunia luar untuk tatapan THE MAPLE : ) enjoy
1.Volkswagen UFO

2.Turtle Car

3.The Cardboard Car

4.The Cat Car

5.Japanese Gangster Car / Bosozuku Style Car

6.The Muscle Car

7.The Mouse Car

8.Identical Twins Car

9.Back To The Future Car

10.Transparent Volkswagen Car


Posted by TehOAis at 10:07 PM 0 comments
Tuesday, April 13, 2010
Berita Dalam Negara
80 bilion SMS dalam setahun

KUALA LUMPUR - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.
Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.
"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.
"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 5:49 PM 0 comments
FaRaH EnGLisH LeSsoN
Hello's,
Sham suruh tulis. :)
English is basically simple. There's past tense and present tense. Past tense kira benda yang korang dah buat la. Untuk senang, for every english word, just add an "..ed" at the back. Or sometimes kena tengok ayat la.
For example,
Present tense - "Tonight I am going to where all my friends are. A place called Maple."
Past Tense - "Last night I went to where my friends were. It was a place called Maple."
Banyak2kan lah baca The Star or New Strait Times and study grammar korang. English is easy as pie. I recommend reading anything by Roald Dahl. His stories are funny, and he uses simple english. Korang nak tutor? Sini boleh ajar. Serious doh. Untuk kawan, takde hal punya.
Alang2 dah berkarya ni kan, this sunday datang la Prima Duta. Main basketball ramai2 but half court je. After to boleh lepak headquarters kita. D' MAPLE.
Adios Amigos.
Posted by TehOAis at 5:47 PM 0 comments
Berita Luar Negara
Honda perkenal skuter elektrik EV-neo Disember iniTOKYO 13 April - Sikap prihatin terhadap alam sekitar di Jepun kini diperluaskan daripada kenderaan kepada motosikal dengan Honda memperkenalkan skuter elektrik, EV-neo yang sifar pencemaran dan lebih senyap.
EV-neo dipamerkan hari ini di pusat penyelidikan Honda Motor Co. di pinggir Tokyo dan hanya mengeluarkan deruman yang menenangkan tanpa bunyi bising.
Honda merancang memajak skuter itu yang mempunyai keupayaan seperti motosikal biasa berkuasa 50cc pada Disember ini dengan menjadikan syarikat penghantaran seperti, akhbar dan piza sebagai sasaran pasaran.
Menurut Pengurus Besar Honda, Toshiyuki Inuma, skuter ini memberi peluang untuk menggalakkan pengeluaran kenderaan elektrik di kawasan di mana pesaing seperti Nissan Motor Co. dan Mitsubishi Motors Corp kurang agresif.
Rancangan-rancangan luar negara dan jualan EV-neo untuk pengguna individu masih belum dipastikan.
Honda bercadang untuk memajak skuter ini berbanding menjualnya dan berharap menetapkan harga yang dapat mengurangkan kos pembeli berbanding motosikal biasa sepanjang tiga tahun termasuk harga minyak.
Purata harga untuk setiap skuter ini ialah antara 600,000 yen (RM20,949) dan 800,000 yen (RM27,931).
Menurut Inuma, skuter ini bukan sahaja bersih daripada pencemaran dan lebih senyap, tetapi juga tidak mengeluarkan bau minyak.
Ia hanya mengambil masa empat jam untuk caj bateri penuh di rumah dan 20 minit menggunakan mesin khas. EV-neo boleh mencapai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam dan menggunakan bateri ion-litium buatan Toshiba Corp.Posted by TehOAis at 5:34 PM 0 comments
LiSa SpEeCh
take care and have fun.. afiq,kalau bawak camera g mamak ajak i lepak >.< love,lisa
Posted by TehOAis at 5:33 PM 0 comments
Berita Luar Negara
Pakai topeng ambil hadiah AS$20 juta

BAITULMUQADDIS - Sepasang kekasih yang memenangi hadiah loteri terbesar di Israel tampil untuk menuntut wang kemenangan berjumlah AS$20 juta (RM64.5 juta).
Pasangan itu berkata, selama empat bulan mereka tidak tahu bahawa mereka memiliki tiket loteri bertuah itu.
Kedua-duanya muncul di hadapan pemberita semalam di sebuah pejabat tiket loteri dengan memakai topeng bagi menyembunyikan identiti mereka.
Pasangan itu berkata, tiket bertuah itu diletakkan di bahagian bawah timbunan tiket loteri lama sebelum ia ditemui semula pada minggu ini.
Mereka kemudian memeriksa nombor tiket tersebut berulang kali dan mendapati ia merupakan tiket kemenangan.
Identiti pemenang loteri di Israel lazimnya tidak didedahkan bagi menjaga hak persendirian.Posted by TehOAis at 5:29 PM 0 comments
Oh crap ):
Posted by TehOAis at 5:27 PM 0 comments
Berita Dalam Negara
Terjun perigi ikut suara ghaib

MACHANG - Seorang suri rumah terpaksa menunggu lebih satu jam di dalam sebuah perigi yang airnya pada paras pinggang selepas dia terjun ke dalam perigi tersebut kononnya atas arahan satu suara ghaib.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi di Kampung Laha, Pulau Chondong dekat sini semalam, Siti Ramlah Wok, 52, tidak cedera dan diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam perigi yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Perigi itu digali lebih 10 tahun lalu dengan paras kedalaman enam meter.
Bagaimanapun musim kemarau sejak awal tahun ini menyebabkan ia jarang digunakan lagi sehingga ditumbuhi semak.
Ia hanya digunakan sekali sekala oleh penoreh getah di kampung itu untuk mencuci tangan dan peralatan menoreh.
Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku di situ kerana sebelum ini tiada kes penduduk terjun ke dalam perigi atau orang mendengar suara ghaib yang meminta mereka terjun ke dalam perigi itu.
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 3:54 PM 0 comments
Berita Hiburan
Date Night tumbangkan Titans
![]() |
| TINA Fey dan Steve Carell semasa menjadi tetamu program Today terbitan stesen NBC bagi mempromosikan Date Night di New York, baru-baru ini. - AP |
Filem itu, yang turut dibintangi pelakon The Office, Steve Carell, mengisahkan sepasang suami isteri yang terlibat dalam situasi huru-hara dan bahaya selepas mengambil keputusan untuk keluar menghabiskan malam romantik bersama tanpa kehadiran anak mereka.
Filem itu berjaya meraih kutipan sebanyak AS$27.1 juta (RM86.4 juta), lapor Exhibitor Relations.
Di tempat kedua, filem Titans, filem aksi yang diadaptasi daripada kisah Perseus dan pertarungannya dengan raksasa berambut ular, Medusa serta raksasa laut, meraih keuntungan sebanyak AS$26.9 juta (RM85.8 juta) dalam tempoh dua minggu tayangan.
Filem animasi How to Train Your Dragon pula berada di tempat ketiga dengan kutipan sebanyak AS$25.3 juta (RM80.8 juta), manakala filem Afrika-Amerika berjudul Why Did I Get Married Too? yang ditulis, diarah dan dilakonkan oleh Tyler Perry berada di tempat keempat dengan meraih kutipan sebanyak AS$11 juta (RM35.1 juta).
Sementara itu, filem romantik Last Song lakonan bintang remaja popular, Miley Cyrus jatuh di tempat kelima di minggu kedua tayangan dengan memperolehi kutipan sebanyak AS$10 juta (RM31.9 juta).
Tempat keenam dirangkul filem aksi versi novel klasik Lewis Caroll, Alice in Wonderland yang dibintangi Johnny Depp dengan kutipan keseluruhan berjumlah AS$319 juta (RM1 bilion) termasuk AS$5.6 juta (RM17.8 juta) yang diraih pada minggu ini.
Filem Hot Tub Time Machine pula meraih keuntungan sebanyak AS$5.4 juta (RM17.2 juta) berada di tempat ketujuh dalam carta.
Di tangga kelapan, filem komedi The Bounty Hunter yang dibintangi Jennifer Aniston dan Gerard Butler dan berjaya memperolehi kutipan sebanyak AS$4.3 juta (RM13.7 juta), sekali gus meletakkan filem Diary of a Wimpy Kid yang diadaptasi daripada novel kartun Jeff Kinney di tempat kesembilan dengan kutipan sebanyak AS$4.1 juta (RM13.1 juta).
Filem Letters to God yang mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menderita kanser otak pula berada di tempat ke-10 dengan kutipan sebanyak AS$1.2 juta (RM3.8 juta).Posted by TehOAis at 1:09 AM 0 comments
Balasan seksa isteri sendiri

KUANTAN - Kekejaman seorang penganggur yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya pada 7 April lalu berakhir dengan lelaki itu menerima balasan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh Supian Hani Ismail, 47, hanya tunduk sambil mengangguk-angguk kepala sebaik Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atasnya selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Zarina Wahab, 43.
"Mahkamah memandang serius kesalahan tertuduh yang mendatangkan kecederaan parah kepada isterinya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri," kata Irwan.
Hakim itu memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa semalam.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Irwan memberi peluang kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk bercakap.
Hakim: Ada apa-apa yang kamu mahu cakap? Kamu boleh merayu.
Tertuduh: Saya nak minta diringankan hukuman.
Hakim: Ada lagi yang kamu nak cakap?
Tertuduh: Tak ada apa-apa lagi. Saya tak pandai nak cakap banyak.
Sebaik mendengar jawapan tertuduh, Irwan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan.
Supian yang hadir ke mahkamah tanpa kehadiran saudara-mara dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mencederakan isterinya secara menyimbah asid terhadap wanita itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Felda Bukit Sagu 2 di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 7 AprilPosted by TehOAis at 1:08 AM 0 comments
Berita Dalam Negara
Bunuh dua anak: Ibu kena bela diri
![]() |
| ROSNIZA berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas diperintahkan untuk membela diri semalam. |
Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No. 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Februari 2007.
Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada pukul 11 malam di rumah
Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 1:05 AM 0 comments
Berita Luar Negara
Serombong gunung berapi paling dalam
![]() |
| GAMBAR yang dikeluarkan oleh Pusat Oseanografi Kebangsaan di Southampton, England semalam menunjukkan asap keluar dari serombong gunung berapi di Laut Carribean dekat Kepulauan Cayman. |
LONDON - Satu ekspedisi saintifik Britain mendakwa berjaya menemui serombong gunung berapi bawah laut paling dalam di dunia yang terletak berhampiran Kepulauan Cayman.
Kumpulan ekspedisi berkenaan yang menaiki kapal RRS James Cook berkata, serombong itu ditemui lima kilometer dari permukaan laut Carribean.
Ia terletak di satu kawasan yang dikenali sebagai Jurang Cayman, sebuah lurah di dasar laut yang sebelum ini diadaptasi dalam filem arahan James Cameron, The Abyss.
Kedalaman kawah gunung berapi dan lokasi yang jauh itu meningkatkan harapan bahawa hidupan baru dan eksotik mungkin ditemui hidup dalam air yang panas dan kaya dengan mineral di sekitarnya. - AP
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 1:03 AM 0 comments
Berita Luar Negara
Dewan diperbuat daripada botol plastikTAIPEI - Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.
Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu.
Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.
"Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol," kata pengarah urusan pemaju projek berkenaan, Arthur Huang.
Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan.
Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa.Posted by TehOAis at 1:00 AM 1 comments
Sunday, April 11, 2010
Berita Luar Negara
Roti canai, sate antara menu di AS
WASHINGTON: Sate ayam, taufu bakar, roti canai dan teh tarik adalah antara juadah kegemaran rakyat Malaysia yang disajikan kepada orang ramai yang mengunjungi festival ‘Faces of 1Malaysia’ di sini, semalam.Bukan saja juadah disediakan restoran yang dikendalikan rakyat Malaysia di Washington menarik minat pengunjung antarabangsa, dengan kebanyakannya datang dari pelbagai kawasan di Amerika Syarikat, pelbagai persembahan kebudayaan dan muzik berbilang kaum di Malaysia dan demonstrasi kraf tangan juga menambat hati mereka.
Festival yang diadakan di ibu pejabat National Geographic Society’s (NGS) di sini, satu daripada institusi terbesar dalam pendidikan dan saintifik yang tidak mengambil untung di dunia, mengadakan pelbagai pameran yang menggambarkan kepelbagaian di dunia, adalah satu daripada dua segmen festival ‘Faces of 1Malaysia’ yang diadakan di Washington.
Festival dua hari itu, bertajuk ‘Simbol Persahabatan Antara Dua Negara’ dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Posted by TehOAis at 8:55 PM 0 comments
Berita Dalam Negara
Mata Wang Ringgit Malaysia terbaik di Asia
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit bukan saja mencatatkan peningkatan kukuh berbanding mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan euro, malah meningkat berbanding mata wang serantau, sekali gus menjadikannya mata wang terbaik dari segi prestasi kenaikan di Asia, sejak Januari laluKenaikan ringgit itu tidak hanya meningkatkan kuasa beli rakyat Malaysia di peringkat serantau, malah turut meningkat di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi kerana ia lebih tinggi berbanding riyal sebelum ini.
Penganalisis ekonomi berkata, kenaikan itu mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur dan peniaga terhadap prospek kukuh ekonomi negara serta agenda perubahan ekonomi yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jumaat lalu, nilai ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun kepada 3.184 satu dolar AS dan 4.2747 satu euro pada Khamis, tertinggi dalam tempoh hampir tujuh tahun sejak September 2003, sebelum ditutup kukuh pada 4.2976.
Selain itu, setiap satu ringgit kini boleh ditukar kepada 1.1779 riyal berbanding 1.1068 riyal pada 4 Januari lalu. Berbanding dolar Singapura, setiap ringgit kini boleh ditukar kepada 43.66 sen Singapura, meningkat daripada 41.32 sen, iaitu paras tertinggi sejak 14 April 2008.
Ringgit juga naik 2.47 peratus berbanding rupiah Indonesia, 3.36 peratus berbanding baht Thailand, 3.58 peratus berbanding peso Filipina, 7.74 peratus berbanding dong Vietnam, 1.54 peratus berbanding rupee India, 5.91 peratus berbanding dolar Hong Kong, 3.42 peratus berbanding won Korea dan 7.17 peratus berbanding yen Jepun.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin yang juga ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) berkata pengukuhan nilai ringgit jelas menggambarkan Malaysia semakin mendapat perhatian di kalangan pelabur dan peniaga global.
Katanya, prospek pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik serta usaha serius kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi juga mula membuka mata pelabur.
“Jelas bahawa sentimen pelabur global terhadap Malaysia kini bertambah baik, walaupun ada pihak di negara ini yang masih kurang yakin dengan pendekatan perubahan yang dilaksana kerajaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mahani juga yakin Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Najib baru-baru ini, berupaya memberi sokongan terhadap ringgit yang akan membawa kepada lebih banyak aliran masuk pelaburan asing ke negara ini.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada penerimaan rakyat dan pelaksanaan langkah yang akan digariskan dalam model berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata peluang untuk ringgit turus meningkat khususnya berbanding dolar AS masih luas kerana mata wang tempatan itu agak ketinggalan berbanding kenaikan yang dicatatkan mata wang serantau sebelum ini.
“Saya jangka ringgit berpotensi terus mengukuh kepada 3.15 berbanding berbanding dolar AS. Sebelum ini, kenaikan mata wang tempatan agak perlahan berbanding mata wang serantau dan kini pelabur mula melihat potensi ekonomi negara, Justeru, ia menyokong kenaikan ringgit,” katanya
Posted by TehOAis at 8:35 PM 0 comments
Berita Dalam Negara
MELAKA - Lebih banyak kawasan larangan merokok akan diwartakan berikutan peningkatan serius tabiat merokok di kalangan golongan muda terutama wanita.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, peningkatan yang membimbangkan itu diperoleh daripada kajian tabiat merokok di kalangan golongan muda yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia dengan keputusan terperinci akan diumumkan sebelum akhir bulan ini.
"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan wanita. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Story From: Kosmo Newspaper
Posted by TehOAis at 8:31 PM 0 comments











