Roti canai, sate antara menu di AS
WASHINGTON: Sate ayam, taufu bakar, roti canai dan teh tarik adalah antara juadah kegemaran rakyat Malaysia yang disajikan kepada orang ramai yang mengunjungi festival ‘Faces of 1Malaysia’ di sini, semalam.Bukan saja juadah disediakan restoran yang dikendalikan rakyat Malaysia di Washington menarik minat pengunjung antarabangsa, dengan kebanyakannya datang dari pelbagai kawasan di Amerika Syarikat, pelbagai persembahan kebudayaan dan muzik berbilang kaum di Malaysia dan demonstrasi kraf tangan juga menambat hati mereka.
Festival yang diadakan di ibu pejabat National Geographic Society’s (NGS) di sini, satu daripada institusi terbesar dalam pendidikan dan saintifik yang tidak mengambil untung di dunia, mengadakan pelbagai pameran yang menggambarkan kepelbagaian di dunia, adalah satu daripada dua segmen festival ‘Faces of 1Malaysia’ yang diadakan di Washington.
Festival dua hari itu, bertajuk ‘Simbol Persahabatan Antara Dua Negara’ dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Story From: Berita Harian Newspaper





0 comments:
Post a Comment