Honda perkenal skuter elektrik EV-neo Disember iniTOKYO 13 April - Sikap prihatin terhadap alam sekitar di Jepun kini diperluaskan daripada kenderaan kepada motosikal dengan Honda memperkenalkan skuter elektrik, EV-neo yang sifar pencemaran dan lebih senyap.
EV-neo dipamerkan hari ini di pusat penyelidikan Honda Motor Co. di pinggir Tokyo dan hanya mengeluarkan deruman yang menenangkan tanpa bunyi bising.
Honda merancang memajak skuter itu yang mempunyai keupayaan seperti motosikal biasa berkuasa 50cc pada Disember ini dengan menjadikan syarikat penghantaran seperti, akhbar dan piza sebagai sasaran pasaran.
Menurut Pengurus Besar Honda, Toshiyuki Inuma, skuter ini memberi peluang untuk menggalakkan pengeluaran kenderaan elektrik di kawasan di mana pesaing seperti Nissan Motor Co. dan Mitsubishi Motors Corp kurang agresif.
Rancangan-rancangan luar negara dan jualan EV-neo untuk pengguna individu masih belum dipastikan.
Honda bercadang untuk memajak skuter ini berbanding menjualnya dan berharap menetapkan harga yang dapat mengurangkan kos pembeli berbanding motosikal biasa sepanjang tiga tahun termasuk harga minyak.
Purata harga untuk setiap skuter ini ialah antara 600,000 yen (RM20,949) dan 800,000 yen (RM27,931).
Menurut Inuma, skuter ini bukan sahaja bersih daripada pencemaran dan lebih senyap, tetapi juga tidak mengeluarkan bau minyak.
Ia hanya mengambil masa empat jam untuk caj bateri penuh di rumah dan 20 minit menggunakan mesin khas. EV-neo boleh mencapai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam dan menggunakan bateri ion-litium buatan Toshiba Corp.





0 comments:
Post a Comment