BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 13, 2010

Balasan seksa isteri sendiri


SUPIAN dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan menyimbah asid ke atas isterinya.


KUANTAN - Kekejaman seorang penganggur yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya pada 7 April lalu berakhir dengan lelaki itu menerima balasan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh Supian Hani Ismail, 47, hanya tunduk sambil mengangguk-angguk kepala sebaik Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atasnya selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Zarina Wahab, 43.

"Mahkamah memandang serius kesalahan tertuduh yang mendatangkan kecederaan parah kepada isterinya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri," kata Irwan.

Hakim itu memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa semalam.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Irwan memberi peluang kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk bercakap.

Hakim: Ada apa-apa yang kamu mahu cakap? Kamu boleh merayu.

Tertuduh: Saya nak minta diringankan hukuman.

Hakim: Ada lagi yang kamu nak cakap?

Tertuduh: Tak ada apa-apa lagi. Saya tak pandai nak cakap banyak.

Sebaik mendengar jawapan tertuduh, Irwan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan.

Supian yang hadir ke mahkamah tanpa kehadiran saudara-mara dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mencederakan isterinya secara menyimbah asid terhadap wanita itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Felda Bukit Sagu 2 di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 7 April

Story From: Kosmo Newspaper

0 comments:

Related Posts with Thumbnails