BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

Berita Dalam Negara

Zon larangan merokok ditambah

MELAKA - Lebih banyak kawasan larangan merokok akan diwartakan berikutan peningkatan serius tabiat merokok di kalangan golongan muda terutama wanita.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, peningkatan yang membimbangkan itu diperoleh daripada kajian tabiat merokok di kalangan golongan muda yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia dengan keputusan terperinci akan diumumkan sebelum akhir bulan ini.

"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan wanita. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Story From: Kosmo Newspaper

0 comments:

Related Posts with Thumbnails