BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 15, 2010

Berita Luar Negara

Penerbangan dibatal kerana debu


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan asap dan wap keluar dari kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

LONDON - Puluhan ribu orang terkandas manakala semua jadual penerbangan di Britain ditangguhkan selepas sebuah kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland mengeluarkan debu dan wap, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu yang diramalkan berterusan sehingga beberapa hari lagi, menyebabkan Britain terputus hubungan dengan dunia luar.

Kawah yang mengeluarkan debu itu terletak di bawah sebuah glasier seluas sekitar 100 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur ibu negara Iceland, Reykjavik.

Ia mengeluarkan asap dan awan debu beberapa kilometer ke udara yang dikhuatiri akan menutup sebahagian langit di rantau Eropah dalam masa beberapa hari lagi lagi.

"Amat jarang bencana alam menyebabkan ruang udara Britain terjejas teruk seperti ini. Ia belum pernah terjadi seumur hidup saya," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Laluan Udara Britain kelmarin.

Selain Britain, beratus-ratus penerbangan di Ireland, Norway, Sweden, Denmark, Finland dan Rusia turut terjejas ekoran debu berkenaan.

Kali terakhir kawah itu meletus ialah hampir 200 tahun lalu.

Story From: Kosmo Newspaper

0 comments:

Related Posts with Thumbnails