BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 14, 2010

Berita Dalam Negara

Cubaan rampas kuasa sultan


TENGKU MERJAN (kanan) selepas membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya dekat Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra, 68, semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud usaha merampas kuasa dan mencampuri urusan istana membabitkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Sukri Mohamed.

Beliau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini kira-kira pukul 2 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu semalam, Tengku Merjan menceritakan, beliau menerima satu salinan cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman perbualan Abdul Halim dan Sukri bersama wartawan di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan pada 10 Mac lalu.

Beliau mendakwa, perbualan itu berniat menghasut, mengugut dan mencampuri urusan istana Kelantan bagi mewujudkan ketidakstabilan.

Apa yang membimbangkan Tengku Merjan ialah CD itu telah tersebar luas di Kelantan.

"Saya khuatir ia memberi imej buruk kepada Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra selain mengelirukan rakyat terhadap istana Kelantan," tegasnya.

Story From: Kosmo Newspaper

0 comments:

Related Posts with Thumbnails