Date Night tumbangkan Titans
![]() |
| TINA Fey dan Steve Carell semasa menjadi tetamu program Today terbitan stesen NBC bagi mempromosikan Date Night di New York, baru-baru ini. - AP |
Filem itu, yang turut dibintangi pelakon The Office, Steve Carell, mengisahkan sepasang suami isteri yang terlibat dalam situasi huru-hara dan bahaya selepas mengambil keputusan untuk keluar menghabiskan malam romantik bersama tanpa kehadiran anak mereka.
Filem itu berjaya meraih kutipan sebanyak AS$27.1 juta (RM86.4 juta), lapor Exhibitor Relations.
Di tempat kedua, filem Titans, filem aksi yang diadaptasi daripada kisah Perseus dan pertarungannya dengan raksasa berambut ular, Medusa serta raksasa laut, meraih keuntungan sebanyak AS$26.9 juta (RM85.8 juta) dalam tempoh dua minggu tayangan.
Filem animasi How to Train Your Dragon pula berada di tempat ketiga dengan kutipan sebanyak AS$25.3 juta (RM80.8 juta), manakala filem Afrika-Amerika berjudul Why Did I Get Married Too? yang ditulis, diarah dan dilakonkan oleh Tyler Perry berada di tempat keempat dengan meraih kutipan sebanyak AS$11 juta (RM35.1 juta).
Sementara itu, filem romantik Last Song lakonan bintang remaja popular, Miley Cyrus jatuh di tempat kelima di minggu kedua tayangan dengan memperolehi kutipan sebanyak AS$10 juta (RM31.9 juta).
Tempat keenam dirangkul filem aksi versi novel klasik Lewis Caroll, Alice in Wonderland yang dibintangi Johnny Depp dengan kutipan keseluruhan berjumlah AS$319 juta (RM1 bilion) termasuk AS$5.6 juta (RM17.8 juta) yang diraih pada minggu ini.
Filem Hot Tub Time Machine pula meraih keuntungan sebanyak AS$5.4 juta (RM17.2 juta) berada di tempat ketujuh dalam carta.
Di tangga kelapan, filem komedi The Bounty Hunter yang dibintangi Jennifer Aniston dan Gerard Butler dan berjaya memperolehi kutipan sebanyak AS$4.3 juta (RM13.7 juta), sekali gus meletakkan filem Diary of a Wimpy Kid yang diadaptasi daripada novel kartun Jeff Kinney di tempat kesembilan dengan kutipan sebanyak AS$4.1 juta (RM13.1 juta).
Filem Letters to God yang mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menderita kanser otak pula berada di tempat ke-10 dengan kutipan sebanyak AS$1.2 juta (RM3.8 juta).





0 comments:
Post a Comment