Minta Maaf pada semua pembaca blog TM kerana kami tidak dapat memaparkan apa yang menarik sepanjang bulan ramadhan yang teramat mulia ini. Ia disebabkan kesibukan kami disepanjang bulan ramadhan ini. Tetapi saya akan memaparkan sebuah artikel yang semua umat islam perlu tahu dan ambil tahu. Harap semua pembaca blog ini membaca artikel ini sampai habis dah perlu sedar sejarah akan berulang kembali.
Dimanakah Kita? Siapakah Kita? Apakah Matlamat kita?
Ikutilah cerita yang menaikkan semangat kita sebagai orang islam. Isikan otak dan minda kita dengan ilmu.
Banyakkan membaca dan melihat.Belajar dari dunia dan pengalaman.
Jangan hanya menuding jari pada orang lain. INGAT!!
ILMU=PAHALA
Jadi belajar itu adalah mencari ilmu. Semua orang melakukan kesilapan, Dan kita BELAJAR dari KESILAPAN. Jikalau tiada kesilapan maka tidak perlulah belajar. Betul tak? Islam itu mudah. Mencari pahala sesenang mencari secebis ilmu. Jadi manfaatkanlah masa dengan mencari ilmu dari perkara yang langsung tidak membawa faedah pada diri sendiri.
Jangan malas. Jangan Merungut. Jangan Salahkan Orang Lain.





