BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 5, 2010

Kuatkan Kita

Assalammualaikum pada semua. Kali ni nak cerita sikit pasal KITA sebagai sahabat dan seorang kawan. Sayang,Cinta pada kawan amat berharga nilainya hingga tidak dapat dibayar melalui wang ringgit. Tapi tidak semua kawan-kawan kita sayang dan cinta pada kita. Tidak perlulah kita berkecil hati mengenai perihal ini. Kawan tidak akan mengajar kita erti hidup. Tetapi kita hendaklah belajar dari diri kita sendiri. Keluarga dan kawan yang mewarnai hidup kita.

Pengakhiran kawan atau sahabat adalah apabila hilangnya dia di dunia yang kejam ini. Begitu juga keluarga kita. berpaling tadah pada keluarga dan kawan sama sahaja seperti membunuh adik-beradik sendiri didepan mata kita. Erti sesebuah hubungan tidak akan bermakna tanpa dugaan dan cabaran. Tetapi jikalau kita berputus asa bermakna kita pentingkan diri semata-mata untuk lari dari masalah. Masalah adalah ubat terbaik untuk memperbaiki sesuatu hubungan. Jikalau penerima masalah tersebut menerima masalah dengan cara yang tidak elok bermakna tiada jalan penyelesaian akan terjadi.

Jadi bersyukurlah dengan sesiapa kita kenal. Kerana mereka jugalah yang menyempurnai jiwa hati dan rohani yang kosong ini. Tanpa mereka kita akan bermain didunia sendiri tanpa disedari kita telah disakiti oleh bayang-bayang sendiri. Marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati dan sama-sama doakan kebaikan kita. Selalulah salahkan diri sendiri dahulu kerana diri ini tidak sempurna ciptaannya oleh yang maha esa. Biarlah hati ini hanya yang maha mengetahui sahaja yang tahu. Biarlah mereka yang berdusta itu yang maha kuasa sahaja yang menghukum mereka. Sesungguhnya hanya beliau sahaja yang tahu jalan hidup ciptaannya.Subhanallah...

Janganlah kita berpaling tadah pada keluarga dan sahabat-sahabat kita. Sayangilah mereka. Sesungguhnya kita memang tidak mampu melayan kerenah setiap manusia dibumi ini. Tetapi yang MAHA ESA tetap ada. Janganlah menyesal dikemudian hari. Hentikanlah pertikaian yang sementara didunia ini. Kerana setiap kita dibumi ini akan ditidurkan selama-lamanya kemudian diadili seadil-adil nya. INGAT!! KITA PERNAH DIINGATKAN...

(Surah Al-An' am Ayat 31)
"Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu."

Story From: Sham

2 comments:

Anonymous said...

Benar sebenar benarnye.
Mengharap sesuatu yang baik akan datang dan membuka mata saya saya dan saya .
Thanks for the reminder!
God bless you Sham :)

TehOAis said...

Jgn kita bagi apa yg syaitan mahu
iaitu perpecahan..

-Sham

Related Posts with Thumbnails