Interview dijalankan sebelum bulan puasa. disebabkan masalah teknikal ketika ingin menemubual. TM terpaksa menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS untuk meneruskan temu bual bersama salah satu tunjang dan nadi komuniti TM.
- Assalammualaikkum atip! Apa khabar? Macam mana duduk dekat puchong? Ada perbezaan dengan segambut?
- Waalaikumussalam, Khabar baik. Puchong okay semakin baik, kawan-kawan pun semakin ramai. Perbezaan sudah tentu ada..dari segi suasana dan pemikiran, jauh berbeza berbanding segambut yang rata-rata anak muda kuala lumpur yang berfikiran jauh ke hadapan dan lebih terbuka.
- Boleh atip ceritakan sedikit mengenai pembabtian atip dalam dunia blog dan sejarah SUARA?
- Atip mula terlibat dengan blog pada 2009. SUARA bermula dengan menulis tentang aktiviti yang atip lakukan, Menulis tentang perasaan. Kemudian menukar genre penulisan kea rah yang lebih menumpukan bahasa melayu. Atip masih baru tetapi minat yang mendalam tentang penggunaan bahasa sastera, atip ingin belajar lagi!
- Apa perasaan dan pendapat atip mengenai kemunculan The Maple dalam hidup atip?
-Teruja dan gembira sebab The Maple telah menyatukan kawan-kawan yang atip rapat di bawah satu komuniti yang bergerak sebagai sebuah institusi keluarga yang baru. Atip berharap ahli-ahli The Maple yang lain pun turut merasa perkara yang sama dan berdoa keluarga baru kita kekal Insyallah.
- Apa pendapat peribadi atip mengenai mereka yang terkeluar dari The Maple?
- Satu soalan yang baik. Bagi atip mereka mungkin tidak sabar dan selalu membuat keputusan mengikut perasaan. When emotional over matter. They’ve decided to pull back from this community there’s nothing we could do because most of them are 17. Atip yakin mereka tahu apa yang mereka buat. Apa yang atip tahu, bila sesuatu keputusan telah dibuat (Untuk keluar dari komuniti) tiada pilihan kedua, ini untuk mengelakkan ada lagi ahli lain mengambil kesempatan yang sama seperti mereka.
- Bagi atip siapa yang layak menerajui The Maple di masa hadapan? Dan mengapa orang itu?
- Bagi atip siapa yang layak itu bergantung kepada ahli-ahli atau senior The Maple yang percaya akan kebolehan orang itu mengurus dan mengendalikan komuniti serta bijak membuat keputusan. Tidak adil untuk atip menyebut mana-mana nama sekarang sedangkan kita masih tidak nampak lagi siapa yang benar-benar layak.
- The Maple ingin mengupas cerita mengenai atip. Apakah motto hidup atip dan perjuangan atip sebagai seorang manusia? Apakah rahsianya?
- Masih terlalu awal untuk mengupas. Hahaha atip masih muda. Motto atip sekarang, “Setiap Kali Down, Ingat Abah” agak pelik tapi abah merupakan insan yang memahami atip dari luar dan dalam. Atip masih berusaha untuk mencapai satu tahap yang boleh atip bangga kan, itu yang atip tengah perjuangkan. Tiada rahsia, atip yakin semua punya cara tersendiri untuk kehidupan masing-masing.
- Hmm bagi mengakhiri interview ni The Maple ingin tanya satu soalan terakhir..Syaf,Abieq,Nina,Lisa dan Afiq. Apa yang atip fikir bila teringatkan nama-nama ini?
- Rindu untuk lepak bersama di maple lepas balik sekolah : )
- Terima Kasih kerana atip sudi mengorbankan masa atip pada The Maple hari ini. Apakah mutiara kata atip bagi menutup tirai perbualan kita hari ini?
- Sama-sama : ) atip juga ingin mengucapkan terima kasih juga pada The Maple kerana sudi mewawacara atip dan atip berharap agar ahli-ahli The Maple akan terus menyokong dan terus berada di belakang The Maple di saat susah dan senang. Kita perlu bersama-sama kerana kita adalah tiang untuk institusi kita sendiri.
Interview By : The Maple





0 comments:
Post a Comment