Apabila haiwan diajar berfesyen

BARISAN pereka dari Institut Teknologi Fesyen New York sekali lagi menganjurkan acara tahunan yang dinamakan sebagai Last Bark for Bryant Park.
![]() |
| PENGGEMAR haiwan pasti seronok melihat fesyen untuk si kesayangan mereka. |
Salah seorang pereka, Lindsay Morris memilih untuk membuat potongan jaket kulit manakala Yoichi Ohashi berjaya menghasilkan rekaan yang cukup comel buat si kaki empat itu.
![]() |
| JAKET hasil sentuhan Lindsay Morris. |
Pentas peragaan itu menjadi gamat dengan sorakan penonton apabila seekor anjing bichon frise yang dipanggil Cherubino menggayakan pelbagai telatah mencuit hati ketika ia disarungkan dengan pakaian berwarna ungu.
Selain itu, antara fesyen pakaian yang digayakan ialah gaun pengantin berwarna putih jernih yang diperbuat daripada satin, tuksedo dan bunga-bungaan.

Story From: Kosmo Newspaper







0 comments:
Post a Comment