BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 31, 2010

Berita Luar Negara

Yahudi luah bantahan

NEW YORK: Kumpulan hak asasi Yahudi di Amerika Syarikat (AS), semalam membantah cadangan untuk membina masjid dan pusat masyarakat Islam berhampiran bekas tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang diserang pada 11 September 2001.

Pembinaan sebuah masjid dan pusat masyarakat dirancang dua blok dari bekas runtuhan bangunan WTC selepas syarikat Cordoba Initiative membeli hartanah berkenaan dengan nilai AS$5 juta (RM15.9 juta). Mengikut rancangan awal, sebuah kompleks terdiri daripada bangunan pusat Islam 13 tingkat dan sebuah masjid yang menelan belanja AS$100 juta (RM320 juta) akan dibina di situ.

Pengarah Syarikat Cordoba Initiative, Imam Feisal Abdul Rauf tidak dapat dihubungi untuk sebarang kenyataan kerana berada di Malaysia. Isterinya, Daisy Khan yang turut terbabit dalam projek pembinaan itu berkata, kompleks berkenaan akan digunakan sebagai saluran untuk menyuarakan masalah masyarakat Islam di AS.

“Kami percaya kompleks itu akan menjadi pusat bagi menangani masalah dan menghuraikan salah faham mengenai Islam,” kata Daisy. Syarikat Cordoba Initiative yang beribu pejabat di New York mensasar matlamat untuk memperbaiki hubungan umat Islam dengan Barat. Ia berperanan menganjurkan persidangan dan taklimat kepada generasi muda Muslim Amerika, selain kegiatan bagi mengeratkan hubungan antara komuniti Arab dan Yahudi.

Walaupun rancangan untuk membina kompleks pusat Islam di situ mendapat tentangan masyarakat tempatan, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg dilaporkan menyokong cadangan syarikat itu.

Story From : Harian Metro

0 comments:

Related Posts with Thumbnails