BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 7, 2010

Berita Dalam Negara


Rokok 20 batang sahaja dibenarkan dijual

Kuala Lumpur - Kementerian Kesihatan tekad untuk meneruskan pengharaman penjualan rokok 14 batang bagi menghadkan kebolehcapaian awam terutama remaja terhadap rokok.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hanya rokok 20 batang akan dibenar berada di pasaran kerana harganya lebih mahal. Selain itu, sebagai sokongan, ujarnya. satu kajian untk memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara juga dibuat. "Harga minimum baru sahaja diumumkan Januari lalu, kita akan lihat kesannya terlebih dahulu dan kaji langkah-langkah lain termasuk untuk adakan lebih banyak kawasan larangan merokok." katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohd Hatta Ramli(Pas-Kuala Krai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Story From: Kosmo Newspaper

0 comments:

Related Posts with Thumbnails