BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 7, 2010

Berita Dalam Negara


Penduduk Melaka paling banyak guna air

Melaka - Kadar penggunaan air penduduk di negeri ini merupakan antara tertinggi di Malaysia apabila menggunakan 220 liter sehari bagi setiap penduduk. Ketua Menteri,
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kadar penggunaan itu jauh melebihi kadar penggunaan peringkat nasional iaitu 180 liter sehari malah melepasi penggunaan negara maju iatu 165
liter sehari. Menurutnya, penduduk di negeri ini wajar berhemah dalam menggunakan air memandangkan sumber air mentah yang semakin terhad. "Kekurangan sumber air mentah
boleh berlaku pada bila-bila masa akibat kesan pemanasan global," katanya pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri anjuran Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. Mohd Ali berkata, sumber air mentah di Melaka sebanyak 68 juta gelen sehari, Sungai Kesang
(12 juta gelen) dan pembelian air dari Sungai Muar sebanyak 24 juta gelen sehari. Katanya, sumber air mentah itu hanya mampu bertahan sehingga tahun 2018.

Story From: Kosmo Newspaper

0 comments:

Related Posts with Thumbnails